Hubungi kami :  +6097868787 | info@yayasanrajashamri.org | Isnin – Jumaat / 9:00 AM – 19:00 PM

BERKAT MENJAGA ADIK OKU DAN NENEK TERLANTAR,SYUHADA DITAWARKAN UIA KUANTAN

photo_2024-07-11_14-27-49

Nurul Syuhada sangat gembira bila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antara Banggsa[UIA] Kuantan, dalam program Foundation In Arabic. Namun dalam gembira, ada kebimbangan, perlu jelaskan bayaran rm 2100 untuk sepanjag pengajian, menyediakan keperluan asas dan laptop. Dimana harus dia dapatkan semua keperluan ini. Inilah yang bermain di fikiranya.

 

Ayahnya hanya seorang penjual kuih di tepi jalan, dengan pendapatan tak seberapa. Namun besar harapan Syuhada, mengikuti jejak langkah 2 kakaknya, Tasnem dan Faezah ,yang kita semua bantu ke UiTM,beberapa tahun lalu.

 

Nurul Syuhada, ingin meneruskan pelajaran, namun pada masa yang sama, tidak sampai hati meninggalkan adik tersayang, Adawiyah 7 tahun merupakan anak syurga , dan nenek, Saudah 84 tahun yang terlantar dan hanya mampu minum susu sahaja.

 

‘’Asbab menjaga nenek dan adik’’, saya ditawarkan belajar disini, ucap Syuhada dengan sebak. Setiap malam,Syuhada bersengkan mata, bagi nenek minum susu melalui tiup. Menjaga nenek sebaik mungkin, kerana tanpa doa nenek, Syuhada tak akan berjaya.

 

Syuhada perlu daftarkan diri di kolej pada 19 hb julai, dan perlu sediakan wang yang secukupnya semasa mendaftar. Bayaran pendaftaran sebanyak rm 500,pihak UIA telah tolong jelaskan,hanya perlu jelaskan rm 2100,bayaran pengajian sepanjang setahun.

 

Semoga ada yang sudi mempermudahkan urusan anak ini. Insyaallah, pasti akan Allah hadirkan orang baik-baik, membantu anak ini nanti. Harapan kita,Syuhada akan berjaya keluar dari kepompong kemiskinan satu hari nanti. Pada peperiksaan SPM tahun lalu, anak ini mendapat 6A,2B dan 2c.