Kg Jambu, 9hb Julai 2024
Mak cik Sepiah Binti Dolah atau lebih mesra disapa Mok Yoh yang kini berumur 86 tahun telah sakit terlantar sejak beberapa tahun yang lepas.
Namun beberapa minggu yang lepas Mok Yoh mengalami sedikit kemalangan yang mengakibatkan tulang pahanya patah. Atas faktor usia pihak hospital tidak dapat merawat tulang paha Mok Yoh yang patah itu.
Mok Yoh tinggal satu rumah bersama anak lelaki beserta cucu. Anak lelaki Mok Yoh yang berumur 40 tahun kini tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa sentiasa berada di rumah untuk menguruskan keperluan Mok Yoh termasuk untuk ke tandas.
Mok Yoh mempunyai tiga orang anak lagi yang berumur 30an hingga 60an. Anaknya yang bongsu ini juga sakit dan perlu diuruskan. Dua orang lagi anak Mok Yoh hanya sekadar bekerja kampung dan mempunyai pendapatan sekadar cukup untuk menyara diri dan keluarga.
Menurut anak lelaki yang menjaga Mok Yoh, apa yang amat diperlukan adalah lampin pakai buang kerana Mok Yoh kini sudah tidak boleh melakukan pergerakan yang banyak dan hanya terlantar atas tilan akibat pahanya yang patah.
Semasa kunjungan, kami sempat menyerahkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan Mok Yoh. Kami juga menyampaikan sedikit sumbangan wang zakat untuk Mok Yoh.
JOM BANTU MOK YOH